Assalamualaikum..
Semakin lama, semakin rajin aku update. Ya iyalah., stay rumah, taktahu nak buat apa. hadap lappy, fesbuking, twittering. semua tu dah bosan. so, i nak main taip taip pulak.
Kalau dulu waktu dekat hostel selalu dengar pasal HOMESICK. Malam malam tutup muka pakai bantal and nangis. Rindu mak ayah kat rumah. Rindu handphone lah, rindu lappy lah and what so ever lah. But, lepas keluar hostel ni, SCHOOLSICK lagi teruk dan perit rasanya berbanding HOMESICK..
Nak tahu kenapa? korang dah habiskan banyak masa korang dekat sekolah. Siapa siapa yang masuk hostel dari Form One tu lagi sakit kot SCHOOLSICK nya. macam aku lah.. Dari korang hingusan lagi, korang masuk hostel. Daripada budak nerd kepada taiko sekolah. So, macam macam experience yang korang lalui kat sekolah tu. Nangis, ketawa, bergaduh, sakit hati. semua tu CONFIRM ada. Kenangan pahit tu terus jadi manis serta merta. And the most thing yang korang rindu confirm confirm lah KAWAN. meh habaq kat aku, siapa tak rindu kawaan? aku tibai dah habis habis. Even kawan kau tu picisan pun dekat sekolah, kau still akan ingat dia. Seriously.
Saya bekas pelajar SMSJ sedang mengalami SCHOOLSICK yang amat sangat. saya rindu nak berbual dengan dormate saya, kawan sekelas saya, groupmate saya, cikgu saya. T.T Semua tu saya rindu. Suasana riuh rendah kelas, suara budak budak gelak. semua tu ahh.. Duduk dekat hostel, tak terasa beban kerja, cabaran luar. Setakat mengadap buku jelah. tu pun dulu, selalu mengeluh. Ahh.. normal lah kan. :')
Bebelan aku ni sebenarnya tak cukup pun nak express perasaan rindunya aku dekat sekolah. Insyaallah. Bulan 3 nanti aku lepaskan rindu aku dekat sekolah. Aku taknak datang sebelum bulan 3 sebab Cikgu Majid dah warning awal awal, dia taknak yengok siapa siapa datang sekolah before bulan 3. Tapi, tu bukan maknanya dia tak suka kitorang. Dah ahh. tak nak bebel banyak banyak. Nak tunjuk gambar orang yang aku rindu je.. :')
Ahli dorm yang mesra dan peramah semuanya. |
![]() |
Kawan sekelas yang gila dan bengong. (Lima Sains Dua) |
![]() |
Kawan sekumpulan yang baik hati nak ajar aku. |
![]() |
Makwe makwe saya yang cun cun belaka. |
Kawan tumpang bahu bila tengah sedih. |
Kawan satu dorm, lain kelas. |
![]() |
Zedge 96 - Batch 0913 of SMSJ |
Deep inside my heart, I really really miss and love them. :* -Fasya-
No comments:
Post a Comment